Onyx Scholarship Scheme
PERKARA: SKIM BANTUAN PERSEKOLAHAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH BAGI SESI 2013
Dengan sukacitanya, syarikat ingin menyediakan sumbangan skim bantuan persekolahan kepada pekerja (leader & operator) yang mempunyai anak bersekolah rendah bagi sesi 2013.
2. Syarat-syarat kelayakan untuk menerima sumbangan skim bantuan persekolahan ini adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Anak kandung (sertakan salinan sijil kelahiran/MyKid).
- Anak berumur dari 7 hingga 12 tahun.
3.  Sehubungan  dengan itu, pihak syarikat meminta pekerja yang berkelayakan untuk mengisi butiran yang dilampirkan dan perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak sekolah anak masing-masing sebagai rujukan syarikat.